Resepi Farfalle

January 18th, 2012 admin No comments

If you're new here, you may want to subscribe to my RSS feed . Thanks for visiting!

Kali ni, resipi baru yang diberikan oleh anak saudara saya, Cik Nur Fadzleen
Bahan:
1. Bawang merah - tumis
2. Cili boh - tumis
3. Sos tiram
4. sos tomato
5. daging/ayam - rebus terlebih dahulu utk empuk
6. udang/sotong
7. sayur2 yang sesuai
8. mee/pasta/makaroni/dsb
9. garam secukup rasa
Cara Penyediaan:
1. Tumiskan bawang merah dan cili boh
2. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos tomato mengikut citarasa.
3. Masukkan rencah dan air rebusan daging atau seafood yang diingini.
4. Tambah air panas/air putih jika mahu kuah yang banyak.
5. setelah rencah tadi hampir empuk, masukkan sayur.
6. apabila kuah mendidih sedikit, masukkan pasta/mee yang telah direbus/disediakan.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba…hehe Saya pun nak cuba juga ni….  :)
Categories: Resipi masakan Tags:

Nasi goreng cili kering ~ sarapan pagiku

November 20th, 2011 admin No comments

Alhamdulillah, pagi ni buat nasi goreng cili kering untuk breakfast.  Abang ipar pun ada kat umah, dia pun kata boleh tahan jugak.

cepat dimasak, sedap dimakan

cepat dimasak, sedap dimakan

Resipi ni mudah je disediakan.  Bahan-bahan pun tak banyak cuma perlukan sebiji bawang merah dan seulas bawang putih dihiris, cili kering~ambillah berapa yang suka dan di potong-potong 1 cm panjang, ikan bilis segenggam dibasuh terlebih dahulu, sayur saya gunakan kobis bubuhlah seberapa banyak yang suka ~ boleh jugak gunakan sayur lain dan telur ayam sebiji. Sedikit garam dan minyak untuk tumis.

Nak buatnya pun senang aje.  Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik baunya. Masukkan ikan bilis dan goreng sampai garing, kemudian masukkan cili kering dan sayur kobis serta garam. Beberapa minit kemudian masukkan nasi dan kacau sampai rata. Bila dah nak masak, masukkan sebiji telur yang telah di pukul dan kacau hingga sebati dan biarkan masak untuk seketika.  Hidangkan dan makan panas ~ memang sedap  punya.

Resipi mudah disediakan dan sesiapa yang sibuk, yang bujang atau yang nak ubah selera, cubalah masakan ni….   :)

Sambal ikan bilis gesek

November 19th, 2011 admin No comments

Sambal ikan bilis gesek, biasanya dipanggil sambal gesek atau ada juga yang panggil sambal gelesek.  Ini merupakan sambal yang paling mudah sekali disediakan.  Ini merupakan juga pembuka selera (appetizer) yang paling saya suka.  Biasanya di makan dengan sayur-sayuran dan salad.

Sambal gesek, mudah dan memang membuka selera

Sambal gesek, mudah dan memang membuka selera

Cara membuatnya:

Untuk penyediaan kita gunakan lesung batu.  Mula-mula kita tumbuk cili merah dan cili padi separuh hancur.  Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk lagi di ikuti dengan ikan bilis pipis yang telah di basuh.  Tumbuk seketika sahaja sehingga cili-cili dan bawang tadi bergaul dengan ikan bilis.  Perah asam limau dan hidangkan dalam mangkuk.

Ikan bilis sudah ada garamnya jadi tak perlulah ditambah garam semasa menyediakan sambal ini.

Categories: Dapurku Tags:

Ikan masak asam pedas

November 18th, 2011 admin No comments

Mudah dimasak, sedap dimakan bersama nasi panas - itu yang dapat saya katakan berkaitan resipi ini.

Bahan-bahannya:

Bahan A (ditumbuk)

Cili kering, bawang merah, bawang putih, jintan manis dan jintan putih, lada hitam, dan halia

Bahan B (ditumis)

Hirisan bawang merah, bawang putih,

Cara membuatnya:

Tumiskan hirisan bawang merah dan bawang putih sampai naik bau. Masukkan Bahan A yang telah ditumbuh dan serai tumbuk.  Masukkan 1 mangkuk air , sedikit air asam jawa dan biar mendidih.

Bila dah mendidih masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan itu masak.  Ini cuma mengambil masa 10 minit lebih kurang dan hidangan sudah sedia untuk di makan.

Categories: Dapurku Tags:

Terung Goreng Bercili

October 31st, 2011 admin No comments

Makan tengahari ni simple je.  Terung goreng bercili ni mudah dibuat, cepat dimasak, sedap dimakan.

Sukatan resipi ini sesuai untuk 2 orang.  Ia jenis masakan stir fry, tak perlu gunakan banyak minyak, cukup untuk menumis bahan-bahan dan terus menggoreng terung.

Bahan-bahannya:

3 biji terung panjang dihiris 3/4 cm tebal  

2 sudu besar udang kering

6 biji cili merah

1 biji bawang merah

3 sudu besar minyak masak

sedikit garam

Cara membuatnya:

  1. Bawang, udang kering dan cili dikisar atau ditumbuk
  2. Bahan-bahan yang dah dikisar ini kemudian ditumis hingga naik bau.
  3. Masukkan terung, garam dan air lalu kacau
  4. Biarkan masak hingga terung empuk
  5. Masakan dah siap untuk hidangan 2 orang.
Dah siap, senang je kan!  Kalau nak rasa masaklah sendiri ya ….  :)
Categories: Dapurku Tags:

Ayam sos lada hitam

October 29th, 2011 admin No comments

Malam ni bolasepak Negeri Sembilan lawan Trengganu - final.  Siapalah agaknya akan menang, tapi macam biasalah saya nakkan Negeri menang sebab saya orang Nogori ~ jangan marah.  Tapi bola tu bulat, tengoklah nanti team mana yang lebih mantap, dialah menang.   Walau apa pun kita makan dulu, syukur sentiasa ada rezeki.

Hari ini resepi ni disediakan oleh isteri saya, Taziah Fatimah Ibrahim.  Sukatan ni cukup untuk 2 orang.  Masakan ni mudah je, cubalah ya, jangan tak cuba…..  :)

Bahan-bahannya:

3 ketul ayam dipotong kiub (210 gm)

1 labu bawang besar dipotong kiub

10 biji cendawan butang segar dihiris

3 sudu cawan besar sos lada hitam

2 sudu besar minyak masak

4 keping salad utk biasan

sedapppp....

sedapppp....

Cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang
  2. Masukkan ayam
  3. Masukkan sos lada hitam dan kacau
  4. Bila ayam dah hampir masak (empuk), masukkan cendawan.  Kacau dan biarkan masak selama 2 - 3 minit.
  5. Hidang bersama salad.
Anggaran kalori:
500 kcal

Bersenam jangan tak bersenam…

October 13th, 2011 admin No comments

Assalamualaikum, dan berjumpa lagi…

Dalam pos yang lepas saya ada nyatakan salah satu aspek cara hidup sihat atau gaya hidup
sihat adalah dengan melakukan aktiviti fizikal. Terdapat bermacam jenis aktiviti
fizikal yang boleh kita lakukan terpulang kepada diri kita sendiri. Ada orang suka
bersukan, berbasikal, yang kurang larat tu buat brisk walking, berlari-lari anak, ada
aktit buat kerja rumah, malah kat pejabat pun kita boleh lakukan aktiviti fizikal.
Takde sesiapa pun yang tidak melakukan aktiviti fizikal itu adalah mustahil, melainkan
dia sakit seperti lumpuh dan sebagainya. Orang-orang yang tak nak melakukan aktiviti
fizikal majoritinya adalah disebabkan banyak sangat alasannya (songelnya) - takde masalah,
sibuk, hari hujan, hari panas, track suit takde, kasut jagung dah lusuh, malulah, seganlah,
dan yang paling teruk MALASlah…. Saya rasa kat luar tu ramai yang macam ni. Oklah tu,
panjang sangat celoteh kang, boring pulak orang.

OK seperti yang saya janjikan, berikut adalah panduan dan tip melakukan aktiviti fizikal:

*Kurangkan aktiviti tidak aktif
Maksud di sini jangan duduk lepak je sepanjang hari contoh macam lepak depan TV,
lepak kat shopping kompleks, duduk kat kerusi perhatikan orang ramai lalu lalang - apa
faedahnya saya pun tak tau.

*2-3 kali seminggu - lakukan senaman untuk mengukuhkan kekuatan dan daya tahan otot. Ini
dipanggil fleksibiliti. Disamping itu lakukan juga aktiviti untuk regangkan otot-otot
anda seperti aktiviti tekan tubi, bangun tubi, angkat berat.

*3-5 kali seminggu - lakukan aktiviti aerobik sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali
dilakukan. Apa yang saya maksudkan ialah aktiviti seperti berjalan pantas, berjongging, lari merentas
desa, berenang, berbasikal, menari, lompat tali, fitballrobik dan sebagainya.

Bagi mereka yang aktif bolehlah melakukan sukan rekreasi seperti futsal, bola sepak,
bola keranjang, badminton, tenis, boling dan sebagainya.

*Sebanyak mungkin SETIAP HARI - sebagai seorang yang sihat, kita sepatutnya perlu aktif
setiap hari - aktif samada di rumah, mahu pun ditempat kerja atau dimana-mana kita berada.
Aktiviti harian yang dimaksudkan adalah seperti berjalan ke tempat tujuan kita seperti
pejabat - letakkan kenderaan ditempat yang jauh sikit untuk “paksa” diri kita berjalan,
turun naik tangga - tak perlu gunakan lif kalau pejabat kita 1 atau 2 tingkat, bila kat
rumah rajin-rajin buat kerja rumah,
pergi kedai kat rumah tu berjalan kaki atau berbasikal, berkebun dan banyak lagi aktiviti-aktiviti yang
boleh kita lakukan untuk “paksa” diri kita sentiasa aktif.

Jadi saya dah tunaikan janji saya, sekarang terpulang kepada anda, nak buat atau pun tak
nak - itu adalah pilihan anda sendiri.

PENTING! ADALAH DINASIHATKAN SUPAYA ANDA MENDAPAT NASIHAT DOKTOR SEBELUM MELAKUKAN
SEBARANG AKTIVITI SENAMAN JIKA ANDA:

* berumur 35 tahun ke atas
* tidak mengetahui taraf kesihatan anda
* tidak pernah bersenam
* mempunyai masalah kesihatan
* baru sembuh daripada sakit tenat
* berlebihan berat badan

Tak Podeh Tak Sah.

October 9th, 2011 admin No comments

Kalau nak menilai masakan orang negeri sembilan sedap ke atau tidak bergantung kepada pedasnya atau tidak, “tak pedas tak sah” menjadi ungkapan yang sering dikeluarkan… Masakan negeri sembilan memang terkenal dengan pedas dan lemaknya.  Pedasnya datang dari penggunaan cili padi atau dikenali cabai burung, cili api ~ ialah cili yang kecil saiznya tapi pada skel 10 tahap kepedasannya. Lemaknya pula datang dari penggunaan santan kelapa ~ “lagi lemak lagi sedap”.  Oh untuk mendapatkan keunikan warna kuning dan keunikan rasa, kunyit merupakan satu unsur penting dalam setiap masakan lemak cili padi. Maka jadilah masakan tradisional Negeri Sembilan yang sering dipanggil masak lemak cili padi ~ masak lomak cili padi.  Tak kiralah apa jenis bahan utama samada ikan, udang, daging, ayam, sotong ~ semuanya boleh dibuat masak lemak cili padi.

Saya memang anak jati Negeri Sembilan dan dah tentu meminati masak lemak cili padi.  Mulai hari ini, saya akan menyediakan beberapa resipi masakan Negeri Sembilan untuk kita kongsi bersama.  Saudara, saudari boleh copy bulat2 atau ubah suai ikut cita rasa masing-masing.  Yang suka pedas, lebihkan cili padi dan yang suka lemak lebihkan santannya.

Tapi warning kat sini: saya bukannya pakar atau chef masakan, tapi cuma orang biasa, seorang pesara, seorang bapa dan seorang suami yang suka memasak, itu saja. Masakan yang saya tunjukkan ini adalah masakan dan citarasa saya sendiri, mungkin anda suka mungkin tidak. Tapi tujuan saya ikhlas nak kongsi bersama.  Sudilah mencubanya.

Resipi pertama kita pada hari ini ~ Ikan salai lemak cili api

Bahan (A)
5 ekor ikan salai (ikan sungai atau keli/sembilang)
13 biji belimbing buluh
1 biji kelapa (diperah santannya)
1 batang serai (di titik)
garam secukup rasa

Bahan (B) ~ Dikisar atau Ditumbuk
15 ke 20 biji cili api
2 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup (1 sudu besar serbuk kunyit)

Cara membuat:
1. Masukkan bahan (B) dan santan ke dalam periuk/kuali.  Kacau hingga mendidih dan keluar minyak.
2. Masukkan serai dan belimbing buluh dan kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan salai dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih seketika sehingga keluar minyak. Masukkan kepala santan. Kacau seketika dan biarkan mendidih dan padamkan api.

Hidangan ini cukup untuk 2-3 orang.

Senang dan mudah disediakan.  Selamat mencuba.

Tak nak mati awal?

October 4th, 2011 admin No comments

Hidup dan mati itu ketentuan Allah s.w.t. Tapi kita boleh berusaha ke arah kehidupan yang lebih sihat dan Allah memang suka umatnya berusaha.

Kita perlu amalkan cara hidup sihat. Kita kena amalkan perkara berikut:

* makan bahan-bahan halal, yang sihat dengan cara yang sihat.

* lakukan aktiviti fizikal dan riadah

* kawal stres

* jangan merokok bagi yang belum mula, yang perokok tu berusaha untuk berhenti merokok

* jauhi arak (bagi orang Islam memang diharamkan)

Senang ajekan, tapi percaya atau tidak cuma 30% saja rakyat Malaysia amalkannya. Pasal tulah kejadian penyakit terutamanya yang berkait rapat dengan gaya hidup masih tak dapat dikurangkan, malahan bertambah pulak.

Saya yakin dengan izin Allah, jika anda amalkan kelima-lima aspek tersebut di atas,
insyaAllah, anda akan mempunyai kehidupan yang produktif dan bermakna. Bila saya kata
amalkan, maksudnya anda kena lakukannya sepanjang hayat - jadikan ia budaya kehidupan
anda seperti mana kita lakukan rukun Islam yang lima - Mengucap dua kalimah syahadat,
sembahyang 5 waktu sehari, berpuasa pada bulan Ramadhan, membayar zakat dan mengerjakan
ibadah Haji. Tiada alasan untuk tidak melakukannya, wajib diamalkan - barulah saya
berani mengatakan (dengan izin Allah) yang anda akan hidup sihat sepanjang hayat -
PERCAYALAH dan LAKUKAN SEKARANG JUGA!

Nasi lemak jadi mangsa obesiti!

May 2nd, 2011 admin 1 comment

Kebelakangan ini obesiti di kalangan pelajar2 sekolah sering diperkatakan. Tapi yang hairannya, nasi lemak pulak dijadikan sebab dan punca permasalahan. Ini yang buat saya teruja untuk menulis luahan hati dan ketidakpuasan saya terhadap isu ini. Kita tak lama lagi, dalam masa 9 tahun akan menuju ke status negara maju, tapi sayangnya tahap pemikiran dan mentaliti rakyat kita masih ditokok lama jugak. Kalau ada sesuatu isu mudah membuat rumusan atau pengadilan sendiri. Apa kaitannya nasi lemak dengan obesiti? Adakah sebarang bukti saintifik yang mengatakan nasi lemak boleh menyebabkan obesiti?

Obesiti pada saya adalah masalah tingkahlaku pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Kita semua tahu makanan memang punca pokoknya tapi, makanan sahaja tidak boleh menyebabkan seseorang itu menjadi obese. Jenis obese ini boleh kita kategorikan kepada dua jenis: keturunan dan acquired obese (iaitu yang didapati akibat dari amalan dan gaya hidup yang tidak sihat)

Secara kasar punca obesiti:
~ makan berlebihan punca utama obesiti. Apabila pengambilan makanan tidak diimbangi dengan aktiviti fizikal, contohnya kita lebih makan dari bersenam, atau kita lebih makan dan kurang atau tak de bersenam dalam tempuh sehari, makan obesiti akan bermula.
~ keturunan. Genetic disorders yang turun temurun boleh membawa kepada obesiti. Mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masyarakat disub-continent India, lebih mudah mendapat diabetis tanda kemungkinan obese. Beberapa jenis penyakit seperti hypothyroidism boleh membawa kepada obesiti. Wanita lebih mudah mendapat obesiti dibandingkan kaum lelaki. Pada puratanya, lelaki
mempunyai lebih otot dari wanita. Otot menggunakan lebih kalori berbanding tisu-tisu lain dan ini bermaksud lelaki menggunakan lebih kalori dan wanita walau pun dia tidak melakukan sebarang aktiviti. Apabila seseorang itu mencapai umur tua, dia akan kehilangan lebih banyak otot dan dengan itu dia biasanya akan lebih gemuk berbanding ketika umur mudanya.
~ pengambilan ubat-ubatan juga boleh membawa kepada obesiti. Contohnya pengambilan berlebihan ubat-ubatan seperti pain killers, sedatives, anti depresants dan typical antipsychotics boleh menyebabkan penambahan lemak dalam seseorang individu.
~ kurang bersenam. Gaya hidup yang kurang pergerakan aktiviti boleh membawa kepada obesiti. Kanak-kanak sekarang dengan era internet dan video game, kurang aktif, lebih suka mengadap komputer di rumah atau cyber cafe atau bermain video game. Jadi mereka-mereka yang tidak mengamalkan banyak pergerak aktiviti fizikal dalam sehari mengundang kepada masalah obesiti.
~ pemakanan yang salah. Diet yang tinggi tahap glycemic, contoh diet yang mengandungi tahap gula yang tinggi boleh menyebabkan seseorang itu menjadi
obese. Pengambilan makanan manis yang berlebihan akan menaikkan tahap kandungan gula dalam darah badan dan ini akan menyebabkan seseorang itu berlebihan berat badan.
~ depression. Tahap stres yang tinggi boleh membawa kepada obesiti. Dalam dunia sekarang ini yang penuh dengan cabaran, kebanyakan kita tak dapat lari dari keadaan berasa cemas dan anxious. Dan ini kalau keterlaluan dan tidak di kawal amat bahaya. Kanak2 sekolah pun selalu menghadapi stres, terutama dengan sistem pendidikan kita yang pentingkan pemeriksaan. Pihak sekolah nak maintain kecemerlangan dan ibu bapa pula hendakkan anaknya cemerlang, semua ini meletakkan bebanan atau tekanan kepada anak-anak tersebut. Ada sesetengah orang makan berlebihan apabila menghadapi stres, bila merasakan dirinya tak berguna, marah dan bosan. Emosi biasanya memaksa inidividu
mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat.
~ kurang tidur. Tidur yang mencukupi amat penting untuk badan kita. Jika
kurang tidur, ini akan membawa kepada komplikasi.
~ merokok. Merokok memang membahayakan kesihatan kita. Ianya boleh membawa kepada bermacam komplikasi.
~ kumpulan ethnik. Memang telah terbukti bahawa beberapa kumpulan ethnik lebih mudah menjadi obese berbanding dengan kumpulan lain. Ini berkaitan dengan tabiat pemakanan kumpulan berkenaan.